Tuesday, 21 May 2013

Gatai Tangan . Haha.

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera . :)


Curi masa 15 minit sat. Tak lama pun, sebab sibuk nak study utk paper esok. Tapi disebabkan hati ni bagai digeletek-geletek suro update blog, lantas tangan pun cepat ja menggapai lappy. HOHO .


Takde apapa yang nak update pun, Saja boring petang-petang ni ha..Hehe.. Pening jugak kpla ni asyik mengadap buku ja kan, so, why not kan? :p

Harini, paper Pengajian Am sudah bermula.haha. Alhamdulillah syukur boleh jawab semua soalan.
tapiii terketaq-ketaq tangan ni jawab exam. kihkih, bukan apa takot tk sempat nak habiskan semua soalan. Mana taknya, masa yang MPM bagi just 1hour and 30minutes only k. Mana nak buat esei lagi, struktur lagi, graffff lagi. brrr. Geram tau tk. Rasa mcm nak tokak-tokak telinga MPM tu. Pasepa la bagi masa byk tu ja. Aiiii. Tapi Alhamdulillah lagi sekali semua soalan dijawab dengan yakin. Aiseyyyyy!! haha. Betul ka tk belakang cerita ok.;)

esok paper BM, start 11.30pagi. so, ada masa yang agk panjang sebelum paper start. hmmm dalam kpla ni tkda benda lain, dok ingat nak bangun lewat ja. heehee. Boleh mcam tu??:p haha.

*Cukup setakat ni dulu la ehk. Merapu banyak banyak pun orang tk laqat nak bca. hikhik. bubye.;)


Monday, 20 May 2013

Kembali lagik .

Assalamualaikum w.b.t


Lama tk guna perkhidmatan atas talian ni ha . sebab tu blog ni tk berUpdate .:)
Sepanjang bulan ni aku teramatlah sibuk, study study study . tu ja lah rutin harian seorang student kan kan kan . hehe .
Esok dah exam . STPM BAHARU PENGGAL 2 . Start dengan paper Pengajian Am . so,,, PA , please be nice to me . :D


Tension cakap jangan ckp la kan . Kemain tension lagi ha tambah-tambah kalo apa yang kita baca 1 pun tk lekat dlm memory semulajadi ni . hurm hurm hurm..
Relax ,,, hehehe..

Haiyaaa awat aku rasa entry kali ni macam byk meqeben haaa ??? tajuk entri dengan content tk kena kan . hoho . Ketandusan idea sebenarnya . Pisss ;)

*Sekian dulu kali ni. kbhaiii . O_o


Wednesday, 8 May 2013

Hai Selamat Datang ^

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,
ehmmmm lama gila tak hupdate blog ni ha ..
macam-macam ada , taik cicak meqata haha ,
(meqapu aeh,!)


* back to the main point ..
yayaya ,,, selamat datang kepada junior-junior sekalian ,
harini 8 MEI 2013, pendaftaran pelajar tingkatan enam rendah bagi sesi 2013/2014 kat sekolah aku .
excited jugak la nk tengok bebudak baru ni.. tapi tak berkesempatan nak menjenguk hampa kat dewan tu ha sebab terlampau busy dengan komitmen . (aiseeehh! byk sgt komitmen haha)
Tapi perasan jugak la seorang dua daripada junior-junior ni, awai gila depa mai, tak silap dalam pukul 7.00pagi camtu , registration start pukul 8.00. maybe dia semangat kot . Bagus-bagus! semangat tu mesti ada kalo masuk form 6. kalo msuk form 6 ingat boleh main-main, silap banyak okay adik-adik sekalian,, banyak benda kita kena buat . so, bersedialah dari segi dan mental kamu . Ni bukan SPM naa ,, STPM . Memang susah , tapi benda akan jadi lebih mudah kalo berusaha, lepas tu tawakal . Mesti boleh .

**Ahem-ahem , kering tekak aeh berceloteh panjang .
esok kalo ada masa kami p la jenguk-jenguk hampa nohh . :D
okayokay, sampai sini dulu . kbhai ;)

Saturday, 16 February 2013

Istimewanya dia ^__^

hahahaiii :)

Sebenarnya ada fakta menarik pasal baby yang mungkin sesetengah orang tktau . Nak tau apa istimewanya baby ni berbanding kita yang dah tua ni . Jom ambush !! 


1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
9. Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
13. Mendengarkan muzik klasik menambah kepintaran bayi.
14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya. ( Sebab tu Dr.Haslina -->wife Dr Sheikh Muszaffar tu~ bersalin dalam air .haha )



:: Pengalaman ::

Asssalamualaikum w.b.t sekalian readers .

Setelah penat menaip menyiapkan assignment tadi, jari jemari ni masih lagik nak menari-nari atas keyboard ni haha . So kita hupdate la belog ni . :) Pengalaman ,,, emm sebenarnya pengalaman byk mematangkan diri kita. tampa pengalaman kita ni macam tkda apa la . ZERO . hari ni saya nak share la pengalaman saya dgn hampa semua . 

Selama seminggu ''berkampung'' di umah my auntie di Melaka, macam-macam benda yang jadi. bukan benda yang tak baik tapi benda yang baik okay . semua tempat kami terjah . heehee . best yob.. rasa mcm nak p lagik. yelah p dgn kawan maunya tak best yedokk .

Hari kami nak balik sini, siang tu ronda pusat bandar sampai nak terkeluaq betis bakhianggg ! haha . Mangsa yang duk dengar saya merungut sapa lagik , Farisha la. kesian kat dia , terpaksa ikut ja kehendak saya. Saya sayang dia , thanks sebab sabar dengan kerenah kami ni ha . :'(   Jalan sikit , cari tempat duduk, sebab kaki dah tak kuat nak menapak haha . tapak kasut tu rasanya huih dh paaa .. ( haus ) sebab bila pijak lantai rasa macam tak pakai kasut ??! kihkih. konfem huih . Walau apapun happy sangat sebab dapat kawan yang mcam ni . Nasib baik saya ni besaq dari dia , kalu kecik ? dia dah dukung kot ? hahaha :p 







Ekceli banyak lagi , tapi cukup la setakat ni noohh . 

Tiada manusia yang Allah cipta tidak cantik ,
Ciptaan Allah semuanya indah .

Wednesday, 13 February 2013

baru baru dan baru :)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia . heeee

Apakah yang dikatakan dengan baru baru dan baru tuuu ???  taraaa blogskin yang new and very freshie haha . Well well well credit given to cutest girl ----> kazen saya .. tq aa era.. kiut miut macam tuan yang tolong buatkan ni ha.. hehe . 


Kemarin rasanya ? Saya pun dah lupa maa .. Saya kerah dia suruh buat jugak haha. kejam ? ya memang pun kihkihkih.. Jangan marahh ya Era . Just kidding maa :P

Errmm nothing to say dah . nak gambar ke ? kejap kejap .. close ur eyes ang imagine it .. haha .. Kidding ja ...


JENG JENG ...






Eyfha Hazeera yang miut terrr .. 
(Jangan marah dang !! )



Sebelum tidur , jangan lupa untuk memaafkan kesalahan orang lain :)

Thursday, 7 February 2013

mas kahwin mahal ??

Assalamualaikum w.b.t

apa pandangan hampa terhadap harga mas kawen anak dara zaman sekarang ? katanya ikut peredaran masa, ya mungkin jugak. Tapi jangan la sampai tinggi sangat , gayatttt .. Kang tak kawen sampai tua baru tau... jadi ANDALUSIA la kamu,, nak ? dah tentu2 la tkmau kan hehe . harini saya nak berkongsi sikit la berkenaan mas kawen menurut pandangan islam.. check this out !


Said Ibnul-Musaiyab mengahwinkan puterinya kepada Abu Hurairah r.a dengan maskahwinnya sebanyak dua dirham saja, kemudian dia pun menghantarkan puterinya itu kepada Abu Hurairah pada malam itu juga dan setelah diserahkannya di rumah Abu Hurairah lalu dia kembali, Said tidak kembali lagi ke rumah Abu Hurairah itu melainkan setelah berlalu tujuh hari untuk bertanyakan khabar saja.
        

Ada sebuah Hadis yang mengatakan bahawa antara keberkahan seorang wanita ialah melekaskan perkahwinannnya sehingga ia dapat melahirkan anak dan ringan pula maskahwinnya.
Sebagaimana makruh hukumnya memahalkan maskahwin wanita ke atas lelaki, demikian pula makruh hukumnya bertanyakan harta kekayaan wanita oleh lelaki. Tidak sewajarnyalah bagi lelaki untuk menikahi seorang wanita, kerana tamak pada harta kekayaannya semata-mata. Jika lelaki memberikan hadiah kepada keluarga si wanita, maka janganlah ia mengharapkan balasan dari pihak wanita dengan hadiah-hadiah yang lebih banyak lagi.
               

Demikianlah pula halnya dengan pihak wanita, kerana niat menginginkan balasan adalah suatu niat yang tidak baik, dan termasuk ke dalam larangan maksud ayat berikut:
    “Janganlah engkau memberikan lantaran menginginkan balasan yang lebih banyak.” (al-Muddatstsir: 6)
     
## hasil searh kat google ni tau . :)



oke samapai sini dulu .. jumpa lagi :)