Thursday, 7 February 2013

mas kahwin mahal ??

Assalamualaikum w.b.t

apa pandangan hampa terhadap harga mas kawen anak dara zaman sekarang ? katanya ikut peredaran masa, ya mungkin jugak. Tapi jangan la sampai tinggi sangat , gayatttt .. Kang tak kawen sampai tua baru tau... jadi ANDALUSIA la kamu,, nak ? dah tentu2 la tkmau kan hehe . harini saya nak berkongsi sikit la berkenaan mas kawen menurut pandangan islam.. check this out !


Said Ibnul-Musaiyab mengahwinkan puterinya kepada Abu Hurairah r.a dengan maskahwinnya sebanyak dua dirham saja, kemudian dia pun menghantarkan puterinya itu kepada Abu Hurairah pada malam itu juga dan setelah diserahkannya di rumah Abu Hurairah lalu dia kembali, Said tidak kembali lagi ke rumah Abu Hurairah itu melainkan setelah berlalu tujuh hari untuk bertanyakan khabar saja.
        

Ada sebuah Hadis yang mengatakan bahawa antara keberkahan seorang wanita ialah melekaskan perkahwinannnya sehingga ia dapat melahirkan anak dan ringan pula maskahwinnya.
Sebagaimana makruh hukumnya memahalkan maskahwin wanita ke atas lelaki, demikian pula makruh hukumnya bertanyakan harta kekayaan wanita oleh lelaki. Tidak sewajarnyalah bagi lelaki untuk menikahi seorang wanita, kerana tamak pada harta kekayaannya semata-mata. Jika lelaki memberikan hadiah kepada keluarga si wanita, maka janganlah ia mengharapkan balasan dari pihak wanita dengan hadiah-hadiah yang lebih banyak lagi.
               

Demikianlah pula halnya dengan pihak wanita, kerana niat menginginkan balasan adalah suatu niat yang tidak baik, dan termasuk ke dalam larangan maksud ayat berikut:
    “Janganlah engkau memberikan lantaran menginginkan balasan yang lebih banyak.” (al-Muddatstsir: 6)
     
## hasil searh kat google ni tau . :)



oke samapai sini dulu .. jumpa lagi :)

No comments:

Post a Comment