Saturday 16 February 2013

Istimewanya dia ^__^

hahahaiii :)

Sebenarnya ada fakta menarik pasal baby yang mungkin sesetengah orang tktau . Nak tau apa istimewanya baby ni berbanding kita yang dah tua ni . Jom ambush !! 


1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
9. Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
13. Mendengarkan muzik klasik menambah kepintaran bayi.
14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya. ( Sebab tu Dr.Haslina -->wife Dr Sheikh Muszaffar tu~ bersalin dalam air .haha )



:: Pengalaman ::

Asssalamualaikum w.b.t sekalian readers .

Setelah penat menaip menyiapkan assignment tadi, jari jemari ni masih lagik nak menari-nari atas keyboard ni haha . So kita hupdate la belog ni . :) Pengalaman ,,, emm sebenarnya pengalaman byk mematangkan diri kita. tampa pengalaman kita ni macam tkda apa la . ZERO . hari ni saya nak share la pengalaman saya dgn hampa semua . 

Selama seminggu ''berkampung'' di umah my auntie di Melaka, macam-macam benda yang jadi. bukan benda yang tak baik tapi benda yang baik okay . semua tempat kami terjah . heehee . best yob.. rasa mcm nak p lagik. yelah p dgn kawan maunya tak best yedokk .

Hari kami nak balik sini, siang tu ronda pusat bandar sampai nak terkeluaq betis bakhianggg ! haha . Mangsa yang duk dengar saya merungut sapa lagik , Farisha la. kesian kat dia , terpaksa ikut ja kehendak saya. Saya sayang dia , thanks sebab sabar dengan kerenah kami ni ha . :'(   Jalan sikit , cari tempat duduk, sebab kaki dah tak kuat nak menapak haha . tapak kasut tu rasanya huih dh paaa .. ( haus ) sebab bila pijak lantai rasa macam tak pakai kasut ??! kihkih. konfem huih . Walau apapun happy sangat sebab dapat kawan yang mcam ni . Nasib baik saya ni besaq dari dia , kalu kecik ? dia dah dukung kot ? hahaha :p 







Ekceli banyak lagi , tapi cukup la setakat ni noohh . 

Tiada manusia yang Allah cipta tidak cantik ,
Ciptaan Allah semuanya indah .

Wednesday 13 February 2013

baru baru dan baru :)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia . heeee

Apakah yang dikatakan dengan baru baru dan baru tuuu ???  taraaa blogskin yang new and very freshie haha . Well well well credit given to cutest girl ----> kazen saya .. tq aa era.. kiut miut macam tuan yang tolong buatkan ni ha.. hehe . 


Kemarin rasanya ? Saya pun dah lupa maa .. Saya kerah dia suruh buat jugak haha. kejam ? ya memang pun kihkihkih.. Jangan marahh ya Era . Just kidding maa :P

Errmm nothing to say dah . nak gambar ke ? kejap kejap .. close ur eyes ang imagine it .. haha .. Kidding ja ...


JENG JENG ...






Eyfha Hazeera yang miut terrr .. 
(Jangan marah dang !! )



Sebelum tidur , jangan lupa untuk memaafkan kesalahan orang lain :)

Thursday 7 February 2013

mas kahwin mahal ??

Assalamualaikum w.b.t

apa pandangan hampa terhadap harga mas kawen anak dara zaman sekarang ? katanya ikut peredaran masa, ya mungkin jugak. Tapi jangan la sampai tinggi sangat , gayatttt .. Kang tak kawen sampai tua baru tau... jadi ANDALUSIA la kamu,, nak ? dah tentu2 la tkmau kan hehe . harini saya nak berkongsi sikit la berkenaan mas kawen menurut pandangan islam.. check this out !


Said Ibnul-Musaiyab mengahwinkan puterinya kepada Abu Hurairah r.a dengan maskahwinnya sebanyak dua dirham saja, kemudian dia pun menghantarkan puterinya itu kepada Abu Hurairah pada malam itu juga dan setelah diserahkannya di rumah Abu Hurairah lalu dia kembali, Said tidak kembali lagi ke rumah Abu Hurairah itu melainkan setelah berlalu tujuh hari untuk bertanyakan khabar saja.
        

Ada sebuah Hadis yang mengatakan bahawa antara keberkahan seorang wanita ialah melekaskan perkahwinannnya sehingga ia dapat melahirkan anak dan ringan pula maskahwinnya.
Sebagaimana makruh hukumnya memahalkan maskahwin wanita ke atas lelaki, demikian pula makruh hukumnya bertanyakan harta kekayaan wanita oleh lelaki. Tidak sewajarnyalah bagi lelaki untuk menikahi seorang wanita, kerana tamak pada harta kekayaannya semata-mata. Jika lelaki memberikan hadiah kepada keluarga si wanita, maka janganlah ia mengharapkan balasan dari pihak wanita dengan hadiah-hadiah yang lebih banyak lagi.
               

Demikianlah pula halnya dengan pihak wanita, kerana niat menginginkan balasan adalah suatu niat yang tidak baik, dan termasuk ke dalam larangan maksud ayat berikut:
    “Janganlah engkau memberikan lantaran menginginkan balasan yang lebih banyak.” (al-Muddatstsir: 6)
     
## hasil searh kat google ni tau . :)



oke samapai sini dulu .. jumpa lagi :)

Wednesday 6 February 2013

tak sabar ^^

assalamualaikum hampa :p

saya pun taktau knp perasaan ni tetiba muncul menjelma di sudut hati ni ha... perasaan yang hadir tanpa diduga.. mesti hampa tertanya tanya apa yang saya rasa kan.. ha nak tau ka ?? hehe. of course la happy . alahaii tu pun nak tanya ka . haha.

Happy sebab ?? ya .. hanya best friend saya ja yang tau knp hee.. maybe sebab ni kali pertama nak p jalan jauh dengan kawan kot . tanpa pengawasan dari ''pihak sekolah'' mcm rombongan tu haha. :p kemana destinasi yang nak dituju ? emmm Melaka lah . tempat kajian kami , bukan nak p foya-foya naaa .. atas desakan tugasan la kami terpaksa p sana . dah nama pun kawan baik kan. so apa apa pun nak buat sama sama . takmau buat lain lain haha . nak p mana mana pun together gether gitu . 

Tapi maktok saya selalu cakap , jangan duk seqonok sangat kalu buat or akan buat sesuatu benda sebab akan jadi sebaliknya nanti.. takut serammm naik bulu roma kalu dia cakap macam tu.. ha .. orang tua tua pun ada cakap kalu ada orang cakap sesuatu benda dan bulu roma kita naik,,,,, maknanya benda tu betoi .. o_O


Oleh itu kamu kamu sekalian jangan la seqonok sangat kalu nak buat sesuatu yang belum tentu akan jadi. berputaq putaq la cakap haiyaaa ! ceni ha , kalu plan sesuatu jangan seqonok sebelum sampai waktunya. nanti jadi lain pulak.. Peringatan ja .. :)



S.A.Y.A & D.I.A ^_^






KAMI LAGI .....



 



enaf enaf cukup dua keping ping ping .. nanti upload lagik.. ;p

JAGA DIRI, HIASI PERIBADI ...





























Tuesday 5 February 2013

apa yang paling saya suka guna :)

Assalamualaikum semua :)

kali ni saya nak kongsi dengan hampa hampa dan hampa semua apa yang saya selalu pakai ketika keluar jejalan or p kelas ka , pun saya pakai .. setakat ni apa yang saya pakai sesuai la dengan keadaan kulit ni ha. sensitif tu tk la. biasa biasa saja . 


taraaa :)

yang ni pakai anytime ja :) sesuai untuk yang takot hitam tu .. jugak memutihkan kulit anda :p



ha saya tak pakai bedak compact, bukan tak pakai tp jarang la. saya lebih suka pakai bedak ni ha.
wangi je muka n badan hampa kalu pakai :D


ni yang saya pakai kat muka.. hee set penjagaan muka,
yang tinggi tu toner, badan kaler putih tu krim siang n yang biru tu krim malam.
lembut n ringan sangat kalu pakai . try la :)




ni yang saya pakai masa muka berjerawat tahap kritikal ha..
alhamdulillah pas pakai ni hilang lenyap semua jerawat . berkesan sangat !


setakat ini dahulu perkongsian saya kali ini. smoga terhibur la heeee .. sekadar ingin berkongsi mana tahu kalau kalau ada yang berminat ;)





Friday 1 February 2013

Kenali Budaya Kita :)

assalamualaikum w.b.t
hye :)
 ni entry saya pertama untuk bulan Februari tahun 2013 ni ha.. saya jarang2 hupdate sebab agak bz kebelakangan ni.. bz dgn assignment yang memerlukan saya bergerak ke hulur ke hilir sambil otak ligat berputar mencari isi2 fenting untuk dipenuhkan dalam assignment tu nanti.. Insha-ALLAH kalu tkda pape hal Jumaat ni bersamaan 8/2/2013 saya akan 'fly' ke Melaka untuk mengkaji sejarah seni dan kebudayaan Dondang Sayang..:) 

kalu hampa nak tau, jika kita kaji benda2 sejarah ni,, agak seronok tau tak.. sebab dia buat kita tertanya-tanya apa yang jadi, macam mana dia jadi, siapa si pelakunya, bila jadinya.. semuanya buat kita leka berfikir tentangnya.. berbalik kepada tajuk yang saya pilih : Dondang Sayang tu ha.. semakin saya kaji, mendalami "benda" tu.. hati saya makin terpaut dengan keunikan muzik, alunan lagu dan pantun-pantun spontan yang dilantunkan oleh pemantun-pemantun dan penyanyi Dondang Sayang ni, muzik tradisional ni sebenarnya sudah agak lama dilupakan oleh muda-mudi zaman sekarang.. mereka lebih sukakan muzik pop, rock, jazz dan paling fofular sekarang ni tu ha K-POP .. heheh.. minat tak salah, saya pun layan jugak.. Tambah-tambah rancangan Korea "RUNNING MAN" tu ha ... besssttt sioottt ( haiyakkk! terkeluar tajuk suda ni)  okay2 enaf2..
= _=''

kita sebagai generasi Y kena lah memartabatkan balik muzik-muzik tradisional yang telah diwarisi oleh nenek moyang kita dulu-dulu tu.. kalu bukan kita sapa lagik kannn.. nanti generasi Z pun tktau pasal benda2 ni ha.. Tanpa muzik dulu, takkan ada muzik sekarang ni yedookk ??

ehmmm berceloteh panjang pun tak elok juga kalu tangan tak ''berkerja'' kan..

Sampai sini dulu lah entry kali ini . hope enjoy read this ^_^