Thursday, 24 October 2013

Semakin hampir.

Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ni tersangatlah pendek ja naa. belum ada masa nak update panjang-panjang.
12 days to go. Sangat kritkal dah ni. Masa itu emas :)




*kbye. muehehehe.

Monday, 30 September 2013

F R I E N D S H I P S - I S - E V E R Y T H I N G

Assalamualaikum w.b.t
Hai uollss .. :D

36 days to go.. STPM Penggal 3. Penentu segala-galanya. Last chance untuk budak STPM mcm aku. huhu.
Sekarang ni memang kitorang tengah lalui masa-masa kritikal. Dah takda masa nak sengih-sengih dah. semua serius kemain dalam kelas. haha. 




Aku pasti korang semua ada ramai kawan kan. Tak kisah la baik kawan baik, kawan tak berapa baik, rapat tak rapat semua ada kan. Same goes to me. Nampak gambar kat atas tu ? Tak nampak bahaya! haha.
Ni la member-member cheq. Member baik hokeh! Bukan member biasa2 punya. No No No. haha..
Meh nak introduce kat hampa. Dari kanan, berdiri tu.. Cik Sharina Shariff Shatit. Anak siam pure & anak bongsu. Ayah dia mualaf :) Duk sebelah aku dalam kelas. Sebelah dia tuu Cik Hazwani Che Man. Dia lah paling pandai antara kami, dia jugak lah jadi tempat rujukan, tempat nak meniru kerja sekolah haha. Wani pun anak bongsu. Pastu tdung purple tu, hat tak berapa nak nampak muka tu. Cik Atiqah Faruk. Hat ni banyak cakap. haha. Tiap2 hari ada ja benda baru dia nak cerita. Dalam kelas, dia duduk belakang aku. hehe.. okeh2 next... Cik Shafini kita. Mempunyai suara yang gemersik kalbu. heee.. Suara dia halus halus gitewww.. Dia ni kekadang lawak, kekadang serius. Tiap2 hari bawak bekal yang mak dia masak and dia akan pelawa kami semua untuk makan! Selagi kami tak makan, lagi tula dia dok paksa. :p



Yang di depan berbaju kurung purple ni.. Cik Rashimah Zainal. Dia paling pendiam antara semua. Jarang nak dengar dia berkata-kata. Bila org kata kat dia, tersipu-sipu malu laa dia. hehe.. Sebelah dia, hat dok piss piss tu, Cik Tasha Tuah. Tunangan orang hokeh ! Yang ni mulut bising. Jenis kata depan kalo ada benda dia tak suka. Senang kan kalo macam tu. Huhu. Seterusnya, Cik Nazirah Che Ismail. Hee yang ni minah lawak. Dia bukak mulut ja mesti kami gelak. Dia jugak pembekal nasi lemak ayam kami. Hehe. Almost everyday dia bawak :) Sebab kami ni jenis malas turun p kantin. :p Suka menyanyi. Tiap2 hari menyanyi. Lagu apa yang dia tak nyanyi,, semua dia hentam ! Haaa,, abang dia la yang masuk AF tu... Iman tu haaa... hehe.. 
Last but not least, baju kurung hijau, berkaca mata acewaaahhh,, aku la tu.. Haha :D
Hokehh tu saja nak cerita hari ni. lagipun dah lewat ni. Esok nak sekolah . Apapa pun, tanpa depa hidup aku takkan lengkap, sapa nak dengar cerita aku, luahan hati aku, sapa nak mengadap muka aku nangis bila aku sedih, sapa nak gelak ketawa dengan aku bila aku happy. DEPA lah. Sapa lagi . S A Y A N G - H A M P A -





#err pening dah kepala den renung screen lappy ni. Ada masa kita jumpa lagi nah . :)
  Assalamualaikum sayang sayang sekalian. ~





Monday, 10 June 2013

Hanya mampu bersabar....

Assalamualaikum w.b.t semua :)

Harini, hari kedua sesi persekolahan lepas 2minggu berhore-hore kan.. Dannnn,, bermula lah Penggal 3 bagi budak Form Six mcm aku ni.. Yeahh!! am almost there.. haha. Final Semester bg kami.. Seperti penggal lalu, kami kena buat kerja kursus. AGAIN! haha. Ekonomi dan Bahasa Melayu pulak untuk penggal ni.
Aku belum pun mula buat lagi, hehe. Tp thank god, untuk kali ni kami kena buat dalam kumpulan.hehe. so, secara tak langsung, keja lebih cepat siap! haha..


Tapiiii....... Pada masa yang sama, kami akan menjadi sangat busy busy busy dan bushyyyyy!!
Sebab?? semua gara-gara MUET test is just around da corner. haha. Dah la aku ni tak borapa nak terer bi, err kena berspeaking-speaking bagai. Kena tarak idea time tu? mau dok nganga jala. (Ya Allah, mintak simpang la semua tu jadi kt aku..) 
Apapa pun aku tetap kena lalui semua tu even speaking group aku tu nanti semua LELAKI hokeh!! Ntah cemana aku boleh tersesat dengan depa..!! Redha jala.. terima jala, bukan sapa pun depa tu,, member kelas jugak hehehe... hokeh done!


Hampa pernah asa saket hati yang melampau-lampau dak?? Yes, aku sakeh hati harini haha..
Sebab apa?? Sebab buku yang aku dah jual kpd sorang junior ni, dia nak bg balik.. Alasan? Sebab buku tu fotostat,, dia tkmau, tk berani guna katanya. Hadoooiii apa punya alasan aku pun tk tau.. Aku juai dlm 8 or 9 buah buku cetu kat dia dgn harga RM50.. Dia nak bg balik 2 buah buku yang fotostat tu n mintak kat aku RM30 balik.. Gila kan..?? Heyy memang dak la aku nak bg senang2 ja kt dia RM30 tu.. Last sekali aku decide, aku mintak balik semua buku aku n aku bg balik duit dia.. Boleh kan??
Kalo nak beli buku baru,,, siap la RM200.....haha.. aku bagi murah hang bg alasan macam2 sgt kan..
geramm sangat Ya Allah.!! Lani pandai2 dia la nak hidup.. Pasni jangan mai cari aku dah.. err..


#rasa mcm panjang ja entry kali ni kan.. nak lepaskan geram haha.. Jumpa lg ya.;)


Assalamualaikum..




Tuesday, 21 May 2013

Gatai Tangan . Haha.

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera . :)


Curi masa 15 minit sat. Tak lama pun, sebab sibuk nak study utk paper esok. Tapi disebabkan hati ni bagai digeletek-geletek suro update blog, lantas tangan pun cepat ja menggapai lappy. HOHO .


Takde apapa yang nak update pun, Saja boring petang-petang ni ha..Hehe.. Pening jugak kpla ni asyik mengadap buku ja kan, so, why not kan? :p

Harini, paper Pengajian Am sudah bermula.haha. Alhamdulillah syukur boleh jawab semua soalan.
tapiii terketaq-ketaq tangan ni jawab exam. kihkih, bukan apa takot tk sempat nak habiskan semua soalan. Mana taknya, masa yang MPM bagi just 1hour and 30minutes only k. Mana nak buat esei lagi, struktur lagi, graffff lagi. brrr. Geram tau tk. Rasa mcm nak tokak-tokak telinga MPM tu. Pasepa la bagi masa byk tu ja. Aiiii. Tapi Alhamdulillah lagi sekali semua soalan dijawab dengan yakin. Aiseyyyyy!! haha. Betul ka tk belakang cerita ok.;)

esok paper BM, start 11.30pagi. so, ada masa yang agk panjang sebelum paper start. hmmm dalam kpla ni tkda benda lain, dok ingat nak bangun lewat ja. heehee. Boleh mcam tu??:p haha.

*Cukup setakat ni dulu la ehk. Merapu banyak banyak pun orang tk laqat nak bca. hikhik. bubye.;)


Monday, 20 May 2013

Kembali lagik .

Assalamualaikum w.b.t


Lama tk guna perkhidmatan atas talian ni ha . sebab tu blog ni tk berUpdate .:)
Sepanjang bulan ni aku teramatlah sibuk, study study study . tu ja lah rutin harian seorang student kan kan kan . hehe .
Esok dah exam . STPM BAHARU PENGGAL 2 . Start dengan paper Pengajian Am . so,,, PA , please be nice to me . :D


Tension cakap jangan ckp la kan . Kemain tension lagi ha tambah-tambah kalo apa yang kita baca 1 pun tk lekat dlm memory semulajadi ni . hurm hurm hurm..
Relax ,,, hehehe..

Haiyaaa awat aku rasa entry kali ni macam byk meqeben haaa ??? tajuk entri dengan content tk kena kan . hoho . Ketandusan idea sebenarnya . Pisss ;)

*Sekian dulu kali ni. kbhaiii . O_o


Wednesday, 8 May 2013

Hai Selamat Datang ^

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,
ehmmmm lama gila tak hupdate blog ni ha ..
macam-macam ada , taik cicak meqata haha ,
(meqapu aeh,!)


* back to the main point ..
yayaya ,,, selamat datang kepada junior-junior sekalian ,
harini 8 MEI 2013, pendaftaran pelajar tingkatan enam rendah bagi sesi 2013/2014 kat sekolah aku .
excited jugak la nk tengok bebudak baru ni.. tapi tak berkesempatan nak menjenguk hampa kat dewan tu ha sebab terlampau busy dengan komitmen . (aiseeehh! byk sgt komitmen haha)
Tapi perasan jugak la seorang dua daripada junior-junior ni, awai gila depa mai, tak silap dalam pukul 7.00pagi camtu , registration start pukul 8.00. maybe dia semangat kot . Bagus-bagus! semangat tu mesti ada kalo masuk form 6. kalo msuk form 6 ingat boleh main-main, silap banyak okay adik-adik sekalian,, banyak benda kita kena buat . so, bersedialah dari segi dan mental kamu . Ni bukan SPM naa ,, STPM . Memang susah , tapi benda akan jadi lebih mudah kalo berusaha, lepas tu tawakal . Mesti boleh .

**Ahem-ahem , kering tekak aeh berceloteh panjang .
esok kalo ada masa kami p la jenguk-jenguk hampa nohh . :D
okayokay, sampai sini dulu . kbhai ;)

Saturday, 16 February 2013

Istimewanya dia ^__^

hahahaiii :)

Sebenarnya ada fakta menarik pasal baby yang mungkin sesetengah orang tktau . Nak tau apa istimewanya baby ni berbanding kita yang dah tua ni . Jom ambush !! 


1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
9. Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
13. Mendengarkan muzik klasik menambah kepintaran bayi.
14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya. ( Sebab tu Dr.Haslina -->wife Dr Sheikh Muszaffar tu~ bersalin dalam air .haha )